Langkau ke kandungan
Simply SirahSirah Bukan Sekadar Cerita

Tentang Simply Sirah

Platform pendidikan dan perkongsian ilmu tentang Sirah Nabawiyyah, Syamail Rasulullah ﷺ, hadis dan sejarah Islam.

Simply Sirah diasaskan oleh Addien Abdul Kadir untuk mendekatkan masyarakat kepada kehidupan Rasulullah ﷺ melalui pengajian yang mudah diikuti, tetapi tetap berpandukan sumber dan penelitian ilmiah.

Berpegang kepada prinsip "Sirah Bukan Sekadar Cerita", kami menekankan empat perkara: mengetahui peristiwa, meneliti konteksnya, mentadabbur pengajarannya, dan meneladani Rasulullah ﷺ dalam kehidupan.

Pengasas

Addien Abdul Kadir

Penulis, pengkaji dan pengajar Sirah Nabawiyyah. Pernah berkhidmat sebagai Editor Syariah majalah Solusi dan al-Ustaz. Antara karyanya: Travelog Makkah: Dari Tanah Melayu ke Bumi Wahyu, Nabi Bercerita Tentang Perempuan dan La Taghdab.

Beliau mengikuti pengajian talaqqi sirah bersama Syaikh Abdullah bin Soleh al-Ubaid, Syaikh Mahmud al-Wusobi, Syaikh Muhammad Sa'id Bakr, Syaikh Ahmad bin Ghanim al-Asadi dan Syaikh Ahmad al-Jauhari, serta daurah sirah bersama Syaikh Dr. Mohammad Akram Nadwi. Beliau juga berpengalaman sebagai mutawwif, menghubungkan peristiwa sirah dengan lokasi bersejarah di Makkah dan Madinah.

Luqman Makhtar

Penulis dan pengkaji Sirah Nabawiyyah dari Bachok, Kelantan. Bekas pensyarah Kolej Komuniti dan editor majalah Solusi. Antara karyanya: Asam Garam Rumah Tangga Nabi ﷺ, Madinah Takkan Rebah, QURANIA, X-PLORASI, Solusi Hati dan Ya Bunayya: Kenali 27 Haiwan al-Quran.

Pasukan admin

Hantaran media sosial Simply Sirah ditulis oleh pasukan admin dengan nama pena tokoh sejarawan awal: Admin al-Balazuri, Admin Ibn Sa'ad, Admin Ibn Hisham dan Admin Ibn Zubair.

Maklumat perniagaan

Simply Sirah Studio, milikan tunggal, no. pendaftaran 202503215583 (JR0180487-V), didaftarkan 4 Ogos 2025.

Hubungi: [email protected]