Langkau ke kandungan
Simply SirahSirah Bukan Sekadar Cerita

Kelas Pengajian

Sejak Januari 2024, Simply Sirah mengendalikan kelas dalam talian secara bersiri — bukan ceramah sekali-sekala, tetapi pembacaan kitab yang berperingkat.

Jumaat9.30 malam

Kelas Sirah Nabawiyyah

Pengajian kronologi kehidupan Rasulullah ﷺ — dari latar masyarakat Arab sebelum Islam, era Makkah, Hijrah hingga perkembangan Islam di Madinah. Pendekatan separa lanjutan.

  • Pembacaan Sirah Ibn Hisham, al-Tabaqat al-Kubra Ibn Sa'd dan al-Rawd al-Unuf al-Suhayli
  • Nasab Rasulullah ﷺ, sahabat, keluarga dan kabilah
  • Kronologi, sebab dan konteks peristiwa berdasarkan riwayat sejarah dan hadis
  • Biografi sahabat, geografi sejarah dan lokasi bersejarah
  • Fiqh sirah, hikmah dan hubungan peristiwa dengan ayat al-Quran dan hadis
Selasa9.30 malam

Kelas Akhlak dan Penyucian Jiwa

Pembinaan keperibadian Muslim melalui hadis-hadis Riyadus Salihin karya Imam al-Nawawi, dengan syarah Fath al-Bari dan Dalil al-Falihin, serta perbahasan Ihya' Ulumuddin, al-Adab al-Syar'iyyah dan Madarij al-Salikin.

  • Muraqabah, takwa, yakin, tawakal dan taubat
  • Sabar, syukur, ikhlas dan sifat-sifat terpuji
  • Penyakit hati dan rawatannya

Kemudahan pelajar

Sesi secara langsung, rakaman ulang tayang, nota pengajian, dan kumpulan WhatsApp untuk maklumat kelas.

Daftar melalui emel Tonton di YouTube