
Antara sudut yang jarang diambil perhatian atau mungkin orang tak pernah tahu pun ialah tentang siapa menantu dan cucu-cucu Nabi Muhammad ﷺ.
Sampai tahap orang hanya ingat cucu Nabi hanyalah Al-Hassan & al-Hussain sahaja. Padahal Nabi ada ramai cucu lain. Cucu perempuan pun ada! Nabi sangat manjakan.
Tambahan, Nabi sebenarnya ada bekas menantu. Ya, bekas menantu!
Ruqayyah anak perempuan Nabi awalnya adalah isteri kepada Uthbah bin Abu Lahab. Begitu juga dengan Ummu Kulthum, isteri kepada ‘Utaibah bin Abu Lahab.
Abu Lahab sebenarnya bukan hanya pakcik Nabi dari sebelah bapa bahkan juga besan Nabi sendiri! Bila turun ayat 1 surah al-Masad, “Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab, dan binasalah ia bersama!”, Abu Lahab suruh kedua anak lelakinya itu ceraikan kedua-dua anak perempuan Nabi Muhammad ﷺ.
Barulah munculnya watak Uthman bin Affan dalam hidup Nabi, bukan hanya sebagai seorang sahabat yang beriman dengan ajaran yang Nabi bawa bahkan sebagai seorang menantu yang menjaga dan membela anak-anak perempuan Nabi yang diceraikan kerana permusuhan.
Uthman berkahwin dengan Ruqayyah dulu hingga beliau meninggal kemudian Nabi kahwinkan pula dengan Ummu Kulthum.
Nabi sangat sayangkan Uthman sebagai menantu. Nabi sangat percayakan Uthman sampai-sampai Nabi pernah kata:
لو كن عشرًا لزوّجتهنّ عثمان
Seandainya aku ada 10 anak perempuan, aku akan kahwinkan semuanya dengan Uthman!
Sebab itu belajar sirah sangat penting. Supaya kita faham kebenaran dan tak termakan neratif-neratif buruk tentang ahli keluarga Nabi Muhammad ﷺ.
Yang lebih penting, dengan belajar sirah secara berstruktur, baru kita sedar yang kita sebenarnya tak kenal banyak lagi hal tentang Nabi Muhammad ﷺ dan keluarganya. Kita rasa macam dah cukup tahu tapi hakikatnya kita tak pernah tahu.
[Admin Al-Balazuri]
#simplysirah#syoksirah#sekolahsirah#sembangsirah#tadabbursirah#ahlisirahwaljamaah